Friday, August 5, 2011

Rumah Ku, Kampung Ku,

Rumah Ku, Kampung Ku

yahooooo~~~
bestnya tahun ni aku dapat sambut puasa pertama kat rumah, Setelah 4 tahun aku sambut puasa pertama kat Shah Alam, tahun ni akhirnya dapat juga aku balik rumah dan sambut puasa kat rumah.

Puasa pertama kat rumah, mak aku masak ikan masak pindang, kegemaran aku tuh,,hahaha,,,,pergi bazaar ramadan kat Pesta, ramai gile manusia kat situ, memang first and last time la aku pergi bazar tu untuk tahun ni, ramai sangat manusia, sampai nak jalan pun tak boleh,,

aku dah lama tak online sebab malas, walaupun kat rumah ada broadband, tapi tetap malas sebab broadband lembab, dan aku bukan jenis orang yang suka menunggu. sebab tuh lah aku dah lama tak buat entri untuk blog baru aku ni,.

syukur alhamdullilah, hari ni dah hari kelima aku puasa di rumah, walaupun semalam jari aku terbelah sebab belah kelapa, dengan jari-jari aku seklai terbelah, maklumlah dah lama tak pegang parang, ni lah jadinya, besar jugak lah terbelah tuh, aku takut kena jahit je, tapi aku tgk hari ni dah kering, so tak de pape  ni kot,,ehh,,apa aku mengarut ni, sebenarnya aku nak cakap syukur dikurniakan nyawa untuk berpuasa di hari kelima ni sehingga ke akhir ramadhan,,

petang tadi aku balik rumah aku kat kampung, rumah aku dilahirkan, rumah kat Kampung Sungai Ayam, pergh, masa dalam perjalanan nak pergi rumah sana, banyak dah perubahan, gempakk tuh,,,
aku pergi sebab dah lama tak pergi, sebab ayah aku suruh pergi dan sebab aku nak jalan-jalan sebab bosan masa petang tadi. Aku kalau balik Batu Pahat aku duduk kat rumah mak aku kat bandar, so dah lama lha tak jengah rumah kat kampung yang kosong tuh, rumah tu guna masa raya ataupun ada kenduri yang keluarga aku buat, lepas ni aku duduk kot kat rumah tuh, tak nak biar kosong dah rumah tu.

                      rumah aku yang tengah di ubah suai

Rumah kat kampung tuh sekarang tengah ubah suai, kira upgrade lah dalam bahasa jawanya, kesian aku tengok rumah tuh, dah tak serupa rumah dah, entah sempat siap atau tidak time raya nanti, dah lah semua keluarga belah ayah aku balik beraya kat kampung, (memang tiap-tiap tahun pun akan beraya kat kampung sebab tuh wasiat arwah nenek aku) rumah ni lah rumah yang aku duduk sorang-sorang selama setahun lebih masa aku tingkatan 6 dulu, sebabnya kenapa aku duduk sorang-sorang, tak yah lah aku nak ceritakan kat sini, yer, banyak kenangan rumah tuh kat aku, kena kacau masa tido, sampai aku mengamuk kat benda tuh, maklumlah tengah mamai-mamai, mulut aku terpacul lah kata-kata yang amat marah, terus tak kena kacau, yer lah, kena kacau kat rumah sendiri, mau tak mengamuk aku malam-malam buta,, kira-kira ada lah 3 kali aku kena kacau kat rumah tuh, tapi tak da papa pun, sebab rumah kita sendiri kan, buat apa nak risau. semua ni aku kena masa aku duduk sorang-sorang kat rumah masa tingkatan 6 dulu,

Masa aku sampai petang tadi, terus pusing belakang rumah, tengok sungai tempat aku berkubang, memancing ikan gapi, dan tempat aku wat fish-spa, Nauzubillah, dah tak serupa sungai dah, semak penuh keliling sungai, ayah aku kata tak pe, nanti sungai tuh kontraktor tuh bersihkan sekali, lagipun sepupu-sepupu aku semua dah buat collection duit, nak bersihkan sungai tuh, konon nak jadikan lagoon, so boleh lah geng-geng ACMS nanti berkubang ramai-ramai dalam sungai tuh, (ACMS stand for Anak Cucu Mohd Said)

                    sungai belakang rumah aku yang tak serupa sungai

masa aku tulis entri ni, lagu raya jer yang derang pasang kat tempat kerja adik aku ni, mesti diaorang tak sabar nak sambut raya agaknya, aku pulak, tak rasa nak sambut raya betul-betul pun, sederhana je macam tahun-tahun lepas, yang penting habiskan puasa dan puasa penuh, jangan kantoi puasa sudah lar,,,

selamat berpuasa kepad semua!!
wasalam..














Friday, July 29, 2011

Aerobic Dance

Aerobic dance,,,aktiviti yang aku minaat selain main bola dan futsal,,,aku minat erobic dance ni bila aku masuk belajar kat fakulti sains sukan,,Dalam laptop aku ni, sebut je nak lagu apa, semua ada, lagu dance, house, rnb, zumba, klasik, shuffle, techno, rock, semua ada, sebab semua lagu tuh aku simpan untuk lagu erobic dance..

Lagu-lagu macam tu semua aku collect sejak dari part 3, bile aku ader subjek Physical fitness, assingment final dia bila kena wat event fitness kat pusat sukan, yang diberi nama WELNESS X III budak-budak kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan kena buat dance berdasarkan tema kumpulan tuh, Zumba, Cardio Kick, Aqua erobic dan Boot Camp,,setiap group kena present depan lecturer kitaorg iaitu Mr Pit. tapi kumpulan aku tak kena present time wellness x tuh sebab kumpulan aku bukan dapat tajuk aerobic, tapi kumpulan aku dapat tajuk Boot Camp. boot camp ni latihan ala-ala tentera, dan semua budak2 kelas kena join aktiviti yang group aku dah design kan untuk diaorang semua,,paling best masa aku kerjakan budak2 kelas aku, sampai ada 4 orang muntah, means training high intensity aku tuh berjaya lah,,hahaha,,,

masa part 5 lak ada subject Aerobic Dance, pun kena wat event gak,,masa ni aku dapat tajuk Cardio Kick, ni lagi susah sebab kena present individualy, dan event dia buat kat UiTM kampus Arau dulu,,memang best lah time ni,,,



masa aku pratikal lak,  boleh dikatakan tiap-tiap hari aku berjoget kat studio gym FSR tuh, sebab aku pratikal sana dan setiap petang bawa orang yang datang gym untuk wat erobic, masa ni orang yang datang gym bukan untuk workout jer, tapi nak berjoget,,,huhu,,,

aku sempat gak masuk SAF masa tuh, masuk pertandingan erobic, dapat johan beb! walaupun training just 3 hari jer, tapi letihh oo training,,,

so, itulah kisah aku mengenai erobic, sekarang ni dah rindu balik lak nak buat aerobic,,,dah lama tinggalkan,,ader time nnti aku nak berjoget lah,,,,

Peace!! (xX)









Thursday, July 28, 2011

sEnGaLL (,xX)

aduiiii,,,,sengal badan aku,,,,keja pun dah tak best,,ni gara-gara main futsal dari pukul 9 sampai 1 pagi,,,,

either way, i LOve Futsal

Huarghhhhhh~~~~

(x,X) Hoh!!