Tuesday, July 26, 2011

Monyet say 'Cheese'

 Monyet say 'Cheese'!


Monyet, a.k.a Cik Mike, tuh lah gelaran yang aku bagi pada mereka. Ada kisah menarik berlaku pada David Slater, beliau merupakan salah seorang pemenang anugerah fotografi terbaik dunia.

                                            Encik Slater


Semasa beliau pergi ke Taman Negara Selatan Sulawesi, Indonesia,untuk mengambil gambar keindahan alam flora dan fauna. Encik Slater ni kemudian meninggalkan kan kamera beliau di atas tanah untuk melakukan 'bisnes' beliau.

Kamera yang tertinggal ni, segera menarik perhatian sekumpulan monyet betina dari jenis Black Macaque Monkeys yang terkenal dengan kecerdikan mereka.

Ada 2 ekor  monyet ni tertarik dengan pantulan cahaya dari lense kamera tersebut, lalu datang pada kamera tu dan berjaya menghidupkan kamera tersebut dan mengambil gambar self-potrait mereka sendiri. (self-potrait teknik byk digunakan oleh budak2 perempuan sekarang ni sambil buat pose comel ala2 sambil tunjuk peace) 
 

Kemudian lebih banyak cik mike yang lain datang join photo shoot tersebut, dan kemudian salah seekor daripada monyet terlanggar kamera tuh dan terjatuh dan menyebabkan kamera tuh terpadam.

Menurut encik Slater ni, masa beliau tengah skodeng monyet-monyet tersebut mengambil gambar, banyak monyet2 tuh ambil gambar dengan berkerut sambil gigi menyeringai (bahasa jawa kot ni), mungkin disebabkan oleh flash kamera tu.

Bila Encik Slater ni balik, dan tengok pada gambar-gambar yang telah diambil, dalam masa yang singkat, cik Mike tersebut telah berjaya mengambil hampir seratus gambar mereka, tapi kesemuanya blur dan tak nampak..


Ni adalah antara gambar terbaik yang telah cik mike tuh tangkap.. 
ENJOY!


Pose!

Cheese!!!


  1,2,3 Senyummmmmmmm





  

4 comments: